PAKA APC Roadshow Edisi Utara 1.0

Pada 27 Septermber 2022 sehingga 30 September 2022 yang lalu, Akademi Pendidikan Awal Kanak-kanak Al Baghdadi (PAKA) telah berkunjung ke beberapa cawangan Al Baghdadi Playtime Center (APC) di utara Malaysia. Antara APC yang telah dilawati ialah APC Tambun, APC Meru, APC Bandar Sri Astana, APC Bandar Laguna Merbok, APC Bayan Baru dan APC Datuk Kumbar. Objektif program ini adalah untuk sesi berkenalan antara pihak Akademi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKA) dengan Pengusaha APC, membuat lawatan tapak centre APC, menerangkan tentang penggunaan Modul APC baru yang akan digunakan pakai bermula 2023 serta menerangkan dan menyelesaikan permasalahan tentang penggunaan sistem jom apc yang akan diguna pakai sepenuhnya untuk tahun 2023.

admin
Author: admin

%d bloggers like this: