Pada 4 februari yang lalu, Akademi Pendidikan Awal Kanak-kanak Al Baghdadi telah mengadakan Bengkel Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pra Sekolah 2023 yang bertajuk Kurikulum (Kaedah Pengajaran dalam KSPK). Bengkel tersebut telah disampaikan oleh Dr. Mazeni binti Ismail, pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan telah diadakan secara online melalui platform Zoom. Bengkel tersebut juga telah dihadiri oleh 30 orang peserta.

Dalam bengkel tesebut, Dr. Mazeni telah mendedahkan kepada peserta tentang teknik-teknik pengajaran dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Selain itu, Dr. Mazeni juga memberikan tunjuk ajar kepada peserta bagaimana mereka boleh melaksanakan kuiz secara online menggunakan applikasi Google Form.


