Akademi Pendidikan Awal Kanak-kanak Al Baghdadi atau lebih dikenali dengan Akademi PAKA merupakan cabang baru dibawah kumpulan Al Baghdadi.
Akademi PAKA mula ditubuhkan pada 7 Februari 2022 yang diasaskan oleh Ustaz Qr. Haji Jalaluddin bin Haji Hassanuddin, Pengasas Al Baghdadi dan Prof. Dr. Mahani Razali, Pakar Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Akademi PAKA merupakan sebuah institusi yang menawarkan pelbagai program pelatihan pendidikan awal kanak-kanak seawal usia kepada guru-guru, ibu bapa, pelajar-palajar dan sesiapa sahaja yang berminat di seluruh Malaysia secara bersemuka dan atas talian.