
Pada 24/10/2022, Akademi Pendidikan Awal Kanak-kanak Al Baghdadi (PAKA) telah mengadakan Bengkel Tutor Al Baghdadi Hybrid Homeschool di Dewan Biru, Wisma Al Baghdadi Bandar Baru Selayang. Seramai 7 orang tutor telah hadir dalam bengkel tersebut. Bengkel ini memberi pendedahan kepada tutor tentang penggunaan sistem homeschool, modul homeschool dan strategi marketing. Penerangan tentang penggunaan sistem telah disampaikan oleh Esekutif Teknologi Maklumat PAKA iaitu Cik Aida Ahmad Tarmizi dan penerangan tentang modul homeschool dan marketing telah disampaikan oleh Pengarah PAKA iaitu Prof Dr. Mahani.
