Bengkel Teknik Al Baghdadi (Pra Tamhid APC) & Nadi Hafazan

Pada 3 Jun 2023 yang lalu, Akademi Pendidikan Awal Kanak-kanak Al Baghdadi telah mengadakan Bengkel Teknik Al Baghdadi (Pra Tamhid APC) & Nadi Hafazan khusus untuk guru-guru Al Baghdadi Playtime Centre (APC). Bengkel tersebut telah disampaikan secara langsung oleh Pengasas Teknik Al Baghdadi sendiri iaitu Ustaz Qr. Haji Jalaluddin Haji Hassanuddin di Dewan Biru, Wisma Al Baghdadi.

Objektif bengkel tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru tadika APC tentang Teknik Al Baghdadi, cara penggunaan alat ketuk yang betul dan cara mengajar subjek Tamhid dan Nadi Hafazan yang berkesan.

Teknik Al Baghdadi adalah satu sistem pembelajaran yang telah diolah bagi membantu setiap lapisan masyarakat mempelajari asas pembacaan Al-Quran dengan cara yang lebih mudah dan seronok. Teknik ini merupakan salah satu keistimewaan bagi tadika Al Baghdadi Playtime Centre. Salah satu subjek teras di Al Baghdadi Playtime Centre yang menggunakan teknik Al Baghdadi adalah subjek Tamhid. Pelajar akan belajar tentang asas bacaan Al Quran menggunakan buku Pra tamhid dan dengan bantuan alat ketuk. Penggunaan alat ketuk ketika sesi pembelajaran mampu mengaktifkan fungsi otak kiri dan kanan pelajar dan dapat menarik minat anak-anak untuk belajar.

Semoga bengkel tersebut dapat membantu guru-guru APC dalam memberikan ilmu yang berkesan kepada anak-anak APC. In shaa Allah

admin
Author: admin

%d