Bengkel Seni Kraf Kreatif

Pada 26 Jun 2023 yang lalu, Akademi Pendidikan Awal Kanak-kanak Al Baghdadi telah mengadakan Bengkel Seni Kraf Kreatif secara online selama 5 jam. Bengkel tersebut telah disampaikan oleh Hjh Puan Nornisa Sahid atau lebih dikenali dengan Aunty Noni yang merupakan pengasas Toy Library di Royal Belum, Perak dan salah seorang jurulatih PERMATA. Selain itu, seramai 28 orang telah menyertai bengkel tersebut.

Untuk sesi 5 jam bersama Aunty Noni, peserta telah belajar 5 topik utama dalam Seni Kraf Kreatif untuk kanak-kanak iaitu:

  • Back to basic : Book Making
  • Paper craft works
  • Prints & Paints
  • Do with dough
  • ABM

Peserta juga telah dapat mengetahui cara pembelajaran dan teknik mengajar yang berkesan.

admin
Author: admin

%d