Akademi Pendidikan Awal Kanak-kanak Al Baghdadi telah mengadakan Bengkel Al Baghdadi Playtime Cetre (APC) iaitu Bengkel Sistem, RPH dan Modul APC yang disampaikan secara langsung oleh Prof Dr Mahani di setiap zon seluruh Malaysia. Bengkel tersebut yang bermula pada 28 Oktober 2022 sehingga 15 Januari 2023 lalu telah diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengusaha-pengusaha dan guru-guru tadika APC tentang penggunaan sistem APC dan modul APC baru yang menepati Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan (KSPK). Zon Utara telah menjadi destinasi pertama bengkel ini dilaksanakan dan diakhiri di zon Lembah Klang.
Bila dah hadir bengkel Prof dgn modul baru ni baru jelas sgt. Modul sgt tersusun Dan menepati kspk. Sangat-sangat
Puan Rawiyah, Pengusaha APC Krubong Perdana & APC MITC Melaka
seronok dapat ilmu yang betul utk didik anak-anak. Sebagai ibu Dan juga guru saya sgt yakin dengan modul yg baru. Terima kasih Prof Dr Mahani.
Banyak input yg kami dapat. Daripada awal bengkel dgn soalan pertama Prof apa itu kurikulum sehinggalah tamat bengkel, ilmu yg sangat berharga. Looking forward to next workshop!
Puan Syafiyyah, Pengusaha APC KP Perdana Terengganu








