Akademi Pendidikan Awal Kanak-kanak Al Baghdadi atau lebih dikenali dengan Akademi PAKA merupakan cabang baru dibawah kumpulan Al Baghdadi.

Akademi PAKA mula ditubuhkan pada 7 Februari 2022 yang diasaskan oleh Ustaz Qr. Haji Jalaluddin bin Haji Hassanuddin, Pengasas Al Baghdadi dan Prof. Dr. Mahani Razali, Pakar Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Akademi PAKA merupakan sebuah institusi yang menawarkan pelbagai program pelatihan pendidikan awal kanak-kanak seawal usia kepada guru-guru, ibu bapa, pelajar-pelajar dan sesiapa sahaja yang berminat di seluruh Malaysia secara bersemuka dan atas talian.

VISI

Menjadi peneraju pelatihan  Pendidikan Awal Kanak-kanak yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah yang pertama di Malaysia

MISI

Memartabatkan Pendidikan Awal Kanak-kanak bagi melahirkan generasi genius akademik dan Al-Quran

OBJEKTIF

Membangunkan sebuah institusi latihan Pendidikan Awal Kanak-kanak yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah rujukan utama.

Peranan

• Pembinaan modul akademik

• Penerbitan

• Bengkel dan latihan

• Penyelidikan dan inovasi

• Perundingan

• Penubuhan APC, ACC dan Sri Nadi

• Seminar dan networking

Pengurusan Akademi PAKA

Artikel